31.12.10

Kenapa saya kurus dan susah nak gemuk-gemuk?

0 komen
1. Baka. Tokwan kecik, mak kecik, abah kecik, nenek kecik...kecik kecik comel gitu.
2. Metabolisma tinggi. Makan banyak-banyak pun tak gemuk-gemuk. Sains mengatakan bahawa orang yang tinggi metabolisma, lagi banyak yang dimakannya, lagi banyak kalori yang dibakarnya, maka terhasilah figura yang kerempeng macam tulang rangka.
3. Tak makan pagi. Makan dua kali sehari. Tengah hari dan malam sahaja. Antara waktu-waktu itu makan benda-benda merepek je. Contoh, aiskrim, coklat, cereal dan roti.
4. Kalau dahaga, air sejuk dalam peti ais jadi pilihan.
5. Apabila makan, susah nak habiskan air secawan. Mesti minum sikit-sikit atau berkongsi dengan orang, sebab mesti minum seteguk dua je.
6. Kalau tak lalu nak makan nasi, makan roti atau cereal je.
7. Tiap-tiap hari timbang badan dengan harapan berat makin naik.
8. Mesti makan sebelum kenyang.
9. Kalau malas masak, tahan perut sampai jadi rajin semula atau sehingga ada orang belikan makanan.
10. Suka tengok cerita korea yang sedih-sedih dan berjiwa.
11. Suka pikir masalah orang lain sampai diri sendiri rasa kenyang sudah.
12. Tak suka makan ikan.

25.12.10

Hari ni hari last untuk bersenang-senang !

3 komen
Yup. Hari ini hari last aku akan tidur balik lepas solat subuh. Hari ini juga hari last aku akan bermalas-malasan seperti kucing garfield. Hari ini hari last untuk aku 24 jam depan laptopku. Esok bermulanya hari yang baru untuk aku. Sebab apa? Sebab...sebab... aku nak berhijrah ke tempat baru. Yang tak pernah aku stay. Mungkin dalam hutan, mungkin bawah jambatan. Haha...tak perlu tahu, yang korang perlu tahu adalah...





Aku nak rajinkan diri lepas ni. Yeah!!! :D

Muka penuh determination.

20.12.10

Maafkan aku Fahimah

0 komen
Fahimah. Maafkan salah silap aku selama ni? Aku tau, aku bukan seorang kawan yang baik. Nak buat macam mana. Dulu aku bukan macam diri aku sekarang ni. Dulu aku tak pandai berkawan. Dulu aku ni pendiam sangat. So content with myself. Orang sekeliling kata aku ni seolah dalam dunia aku sendiri. Orang tak tegur aku pun, aku boleh terhibur sendiri hanya dengan melihat gelagat orang sekeliling dan dengar bualan orang lain. Serius, aku tak tahu macam mana kita boleh mula berkawan. "Ayie, ko bila nak ada balak ni? Pandai, comel...tapi tak ada boifren. Aku tak caya lah. Tambah lagi orang di sekeliling ko nanti!" Ima, itulah pertama kali orang pernah panggil aku comel. Aku malu-malu je masa tu. Ima...aku nak kau tau, masa tu aku terasa macam kau je kawan baik aku di sekolah. 

Kau ingat tak masa kita selalu beratur kat tempat perhimpunan? Kadang-kadang kau mai lambat dan kau saje je tepuk belakang aku bagi aku terkejut. Kita selalu curi-curi sembang masa cikgu tengah berucap kat depan. Tiba-tiba terasa macam diri dah ottai je. Kalau tak, aku rasa macam takut je nak buat salah. Yela, masa tu aku macam budak innocent je kan.

Dah form 5 pun aku masih tak berboifren macam budak-budak lain. Kau kecian kat aku. Tau-tau saje, kau kenenkan aku dengan teman masa kecil kau. Zulkifli. Aku panggil dia Ezul. Sebab kau Ima, sebab kaulah aku dapat rasa apa itu yang dinamakan cinta. Ezul memang caring orangnya. Dia pandai jaga hati aku. Dia memang ambil berat sal aku. Berapa kali kau datang kat tapak perhimpunan sambil memegang surat bersampul biru. Tiap kali aku nampak kau ngan sampul surat biru, hati aku pasti terlompat gembira. Surat dari Ezul. Kita selalu berbicara tentang dia dan aku. Pada mulanya, aku gembira, sebab kau selalu tersenyum manis bila topik sal Ezul dibicarakan dan gelak tawa kita selalu beriringan bila menceritakan tentang kelucuan Ezul dalam kisah percintaan aku. Tapi Ima...tak lama lepas tu, baru aku sedar. Aku telah buat satu kesilapan yang besar dalam hidup aku.

Selama perkenalan aku ngan Ezul, aku ada tanyakan juga macam mana korang boleh kenal. Ternyata, Fahimah, Ezul dah lama sukakan kau. Daripada pertama kali dia nampak kau di sudut hujung kelas darjah satu. Lepas aku sedar perkara ni, aku bertanyakan kat kau juga tentang perasaan kau terhadap dia. Meskipun kau selalu nafikan, tapi hati aku tetap tak percaya. Semuanya gara-gara teringat akan perbualan kita sebelum aku mula mengenai Ezul.

"Ayie, nak tak aku kenalkan kau kat kawan aku?"
"Haha...tak nak la. Aku bukannya kenal dia pun."
"Sebab tak kenal la, aku nak kenalkan. Bolehlah. Dia handsome tau!"

Mungkin semua tu kau sahaja ucapkan agar aku terdorong untuk berkenalan ngan dia, tapi aku takkan dapat lupakan muka kau, dan mata kau yang bersinar bila kau tatap wajahnya. Ya, baru sekali aku dapat jumpa dia. Tu pun sebab setuju bermalam kat rumah kau. Tapi sekali tu, aku dah boleh rasa, yang korang memang ditaqdirkan bersama. Ima, jodoh tu sebenarnya lebih dekat dari yang kau sangkakan. 

Tak lama lepas tu aku clash ngan dia. Aku tau, mungkin alasan aku tak munasabah. Aku cakap aku suka kat rakan satu sekolah kita dulu. Tapi kalau itu dapat meyakinkan Ezul, tak apalah. Asalkan ada ruang untuk korang menyedari apa yang korang tak sedari masa tu. Pada mulanya Ezul memang tak dapat terima. Lepas kejadian tu aku dengar cerita dia kapel ngan beberapa orang lain yang silih berganti. Kenapa orangnya bukan kau? Adakah aku buat silap lagi? Sejauh mana aku terasa sakit bila putus ngan Ezul, lagi sakit bila aku tengok dia tak bahagia. Dan aku? Sebab penipuan aku tu, akhirnya aku mula suka juga pada rakan sekolah kita tu. Tapi dia anggap aku macam kawan sahaja.

Aku tak pernah nak berbalik pada Ezul, sebab aku tak nak sakiti hati dia. Berapa kali juga aku cuba, tapi akhirnya, aku tewas ngan keputusan aku sendiri. Dah berapa tahun berlalu, dan aku dapat tau yang korang sekarang kapel, atau sudah bertunang? Aku tak tau, sebab kau tak pernah nak bercerita. Tapi aku tengok gambar-gambar masa dia convo, dan kau ada bersamanya, membuatkan aku rasa terharu. Sungguh, aku gembira untuk korang. Akhirnya, korang jumpa apa yang aku dapat rasakan beberapa tahun dahulu.

Tapi Ima, kenapa? Kenapa bila aku ajukan soalan tentang korang, kau selalu mengelak? Kenapa baru-baru ni aku tag yang aku rindu korang kat FB. Tapi kau tak balas, dan 'dia' telah pun remove tag tu? Aku terasa diri aku terasing. Terasa 'dia' masih tak dapat terima apa yang aku buat kat dia dulu. Aku tau, dia tak nak aku jadi penghalang antara kau dan dia. Tapi Ima, aku cuma nak jadi kawan korang je. Salah ke? :'(

Walaupun kedengaran agak keanak-anakan, tapi aku remove korang dari friends di FB. Aku tak nak jadi isu yang timbul antara korang lagi. Dan mungkin juga, dengan cara ni, aku tak perlu rasakan diri terasing daripada korang. Yang penting, aku tau korang bahagia bersama.

Sekarang ni aku dah jumpa orang yang betul-betul menyayangi aku seadanya, dan aku pun sayangkan dia. Dah setahun lebih aku kenal dia. Macam-macam rintangan yang kami lalui. Aku yakin, dialah yang ditaqdirkan untukku. Jadi, korang tak perlu risaukan aku. :)

Aku sedar, aku tak ada hak nak imbas balik kenangan yang lampau ini. Tapi ini sahaja kenangan tentang korang yang aku ada (T.T). Memori yang takkan dapat aku lupakan. Andai korang dah nak kawin nanti, aku harap korang janganlah jemput aku. Dari jauh, aku doakan kebahagiaan korang ya. Maafkan kekhilafan aku.

Kadang-kadang kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang agar dia tak terus disakiti.

15.12.10

Majok ngan Wardina! T.T

1 komen
Ayie : Facebook pencetus pergaduhan!
Ayie baik : ya. Tetapi hanya untuk orang yang tidak menggunakannya dengan betul.
Ayie : Perghhh~

Pernahkah korang teramat terasa dengan seseorang yang korang tak kenal hanya kerana dia tak approve friend request korang? Aku pernah. Orangnya adalah Wardina Saffiyah. Ini bukan gurauan tapi kebenaran. Masa tu aku nampak la profile tulen dia. Dia memang tak ada fanpage masa tu. Jadi page dia tu macam fanpage la kan. So aku pun add friend ngan dia. Tapi tunggu beberapa minggu baru tau dia ignore aku. 

Macam mana aku tau? Bila orang ignore kita, "friend request" kita tu masih pending, tapi kita dapat terima news feed dia. Buat sakit hati je. Dapat news feed, tapi tak boleh komen T.T Nak kata friends list dah penuh, tak ada pula dia hantar amaran "This user has exceeded their limit in accepting friend requests". Nak kata profile aku fake, ada je gambar aku senyum pakai tudung elok.

Masa tu Facebook tak boleh cansel friend request yang kita dah buat. Jadi apa yang aku buat untuk hilangkan sedih hati adalah dengan block dia, kemudian baru unblock dan dia akan automatik kuar balik butang "add  as friend". Bila fikir balik. ISH! Ko ni Ayie. Apasal ko nak terasa ngan Wardina plak doh. Dia bukannya kenal ang. So, suka hati dia la kan nak approve ko atau tak. Tu hak dia.

Ha'ah ye. Betul gak. Cis kek betul la.

Start daripada hari tu, aku tak pernah cuba untuk add account mana-mana selebriti atau orang terkenal. (Kalau akak Wardina terbaca entry ni, saya dah tak kisah. Just nak cerita pengalaman. :D)

Sebab semua ni la aku takut kalau satu hari aku femes dan kebetulan satu hari aku ignore peminat aku dan dia terasa ngan aku, dan unlike aku. Hoho...Mana la tau kan, kalau aku femes satu hari nanti. Tak pasal-pasal tidak disukai kerana tak dapat berkawan ngan pujaan hati. (nak termuntah ngan ayat sendiri)

p.s. Apa la. Dia pun makhluk Allah juga. Semuanya sama di sisi Allah.

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

1 komen
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

10 Muharram = 16 Disember 2010

11.12.10

Er...trima kasih?

3 komen
Kebelakangan ni aku asik ada follower baru yang memang tak ada link ke blog. Haha. Kalau ikutkan, selalu kalau ada follower baru, aku buat dek je. Tapi tiba-tiba terasa nak stalk orang pula. Nampaknya gagal la misi aku untuk stalk orang. Anyway, terima kasih pada yang follow aku :) Ya, ini blog peribadi. Khas untuk melepaskan tension. Walaupun setelah berapa kali kawan-kawan rapat aku menasihati untuk tidak berblog kerana bahayanya menedahkan diri pada internet, aku buat juga. Ya, kepalaku keras, hati batu, degil.

Tambah lagi aku makin dikenali melalui Youtube channel aku. Mungkin mereka nak jadi spy kot (dengan  nada membisik). Minta-minta dijauhkan. Oh, Just Khai, tolong jangan buat ulasan tentang aku dan korek-korek pasal aku ya. Aku bukan selebriti. Manusia biasa je. :) Yang tahu pasal blog ni, diam-diam aje ya. Nak kecoh pon, ngan member je. Tak perlu sampai heboh kat surat khabar.

"Ya Allah....ko nak tau? Ayie tu rupanya orang tua kerepot! Aku ingatkan dia remaja belasan tahun doh!"

Ok, kutuklah aku. Aku alu-alukan, tapi jangan nak tinggalkan komen-komen negetif kat video-video aku. Bukan apa. Aku kesian ngan korang. Nanti apa pula orang akan cakap pasal korang sebab komen yang korang tinggalkan tu. Elok kenalilah aku dengan lebih mendalam lagi. Kalau rasa aku ni bitch sangat-sangat, barulah kutuk aku kaw2 ye.

Oh, tapi memang kawan-kawan adik lelaki aku cakap aku ni bitchy. Tapi aku tak kisah pun, sebab it's a bitchy in a good way. :D

Anyway, aku tetap nak berterima kasih pada semua yang menyokong, tak lupa pada yang tak sokong. Tanpa korang yang tak sokong tu, tak ada le gelak tawa, dan senyuman sinis dalam hidup aku yang agak boring ni. Seriously. Komen-komen korang buat aku tercuit hati. Kelakar sebab tak masuk akal. Tapi eloklah kalau korang kurangkan sebab aku tak nak orang mengata kat korang ok. 

Korang benci aku sedalam-dalam mana pun, aku tetap sayang korang. :)

pssst...lepas ni sunyi la dunia vlogging tanpa aku kan? haha... perasan tul.

6.12.10

5 reasons why you should NOT marry me

2 komen
 
1. I hate cooking.
2. I'm so lazy.
3. I'm a crazy ass
4. I laugh like an idiot when i'm alone
5. I like to talk to myself
6. I'm so unpredictable
7. I'm not fat and cuddly
8. I know things some people don't know, but I don't know what everyone knows.
9. I'm so outdated.
10. I'm not ashamed of making a fool of myself in public
11. I'm a hooligan.
12. My saliva trickles when I sleep
13. I'm really grumpy in the mornings
14. I sulk alot.
15. I'm emo
16. I sneeze like there's no tomorrow
17. I don't know how to help, unless you tell me what to do.
18. I useless around the house.
19. I'm an internet addict
20. My eyes are puffy
21. I'm just too small.
22. I only like tall handsome people.
23. My teeth aren't nice.
24. I have bad breathe
25. I swear when I get mad.
26. I like to isolate myself alot.
27. I don't like to wear makeup.
28. I'm too thin.
29. I'm weak.
30. I have cancer.
31. I only love people who I love.
32. I get annoyed with people who talk alot and force me to do things I don't want to do.
33. One king sized bed will I conquer to myself.
34. My eyes are sometimes blue and sometimes black.
35. I sing alot to myself even if my voice stinks.
36. I cry almost every night.
37. My face is pale, like a ghost.
38. I like to go out walking.
39. shopaholic
40. your handphone will be full of stickers by the time mine is full of 'em.
41. I fart when ever and where ever I want to.
42. i am so childish
43. did I say I can't cook?
44. I am forgetfull
45. There was supposed to be a reason here, but i can't quite remember
46. I can't finish what I started. Mostly food.
47. I have too many zits and i'm just tired of 'em that I just don't care anymore.
48. Can't live without internet
49. My hair is all over the floor.
50. I'm a weirdo.

Oops...I left out a zero in the Title. Makes this 50 reasons then.

Do you have secrets you're dieing to tell everybody?

1 komen
Sometimes there are just some secrets you can't just tell just anyone.