28.3.13

Sunlight

Sinaran mentari menyinar pagiku,
Terbangun daripada mimpi ngeri semalam.
Mata membengkak, hati pun sebu,
Seribu kekeliruan menyerbu kalbu.
Tapi ku gagahkan juga untuk berdiri, 
Meneruskan hari.
Hikmah.
Cinta dan kepercayaan.
Bagai kuntuman bunga,
baru mengembang mekar.
Seindah suria.

27.3.13

Dedaunan Rapuh

Musim luruh kembali menyelubungi suasana.
Musim berganti musim, kembali kita pada musim terakhir kita jatuh.
Dan kini kita kembali jatuh.
Pernah kita jatuh, dan berkecai.
Dan aku sudah menyangka, jika sekali lagi kita jatuh, kita pasti akan berkecai lagi.
Hati aku,
Hati aku...
Hati aku... :(
Tak mampu lagi berkecai, kerana pecahan serpihannya sudah seribu kali retak,
Tak mampu lagi untuk disambung.
Sekali lagi kita jatuh, kau tersungkur.
Aku kecewa.
Kau...
kau kecewakan aku lagi.
tak mampu aku berkata apa-apa lagi...
hanya mampu menjauh buat kali ini.
Kau...
fahamkanlah sepiku.
fahamkanlah retak-retak di hatiku.

fahamkan. aku tak mampu lagi hidup dalam dusta, dalam kekecewaan, rasa dipergunakan.
akal fantasia, dunia maya paradigma.


Selamat tinggal Encik M...
Selamat tinggal Encik S...
Jaga diri Encik I... :(

5.3.13

Takleh tidur plak.

Haha....lama dah aku tak blog sini. Sebenarnya malas nak mengaibkan diri sendiri. Sebab aku memang kadang-kadang suka terlebih ekspos life aku kat dunia. LOL. Tapi ni jurnal hidup aku, tak salah kalau orang tau beberapa perkara pasal aku. Jangan semua nak cerita dari korek telinga hingga ke lubang jamban sudah.

Aku takleh tidur. Tu yang semangat ni tulis ni. *Semangat la sangat... lol
Kadang-kadang yang berlaku dalam hidup kita ni, tak dapat dikawal, kerana semua bergerak atas kehendakNya. Kadang-kadang aku cuba untuk fahamkan life aku. Sometimes aku macam tau je arah hidup aku, kadang-kala macam "What the hell am I doing?"

Aku delemma tul sekarang ni.
Delemma bila ramai suka kat aku.
Poyo giler statement. Bajet hot gile. haha.

Tak aku seyes. Ikram tu biasalah dah lama kenal. Famli pun dah kenal dia, Famli dia pun dah kenal aku.
Tibe-tibe muncul Encik M plak. Sebenarnya dah lama dia ada dalam hidup aku. Tapi kenal online je. Pernah jumpa SEKALI je. Tapi cam serius je nak kawan ngan aku. Dan Encik S. Tiap-tiap hari mesej. Aku rasa bersalah sebab walaupun aku cakap nak kawan biasa je. Dia tetap panggil aku 'sayang' dan gelar diri dia 'abang'. Aku tak nak bagi harapan kat dia. Tapi dia macam tak kisah je. Dia cakap dia nak hepikan aku.

Hari ni Ikram ngn Encik S kebetulan dua orang call aku plak malam ni. Membuatkan aku terfikir sejenak.
"Ya Allah...petunjuk apakah ini?"
I just don't get it sometimes. Things happen that force me to think WHY?

And the more I think, the more I get astray from getting the answers.
Jodoh, tetap sampai sekarang adalah rahsia Allah.
It will come one day.

15.12.12

Everywhere orang Bertunang

Haha. Eh, belum apa lagi aku dah gelak. XD
Iyolah, kita kena hidup hepi kan. Anyway, baru-baru ni dapat tahu yang kawan aku lagi sorang dah bertunang. Dan bila aku tengok pada komuniti kawan-kawan aku yang beredar di sekeliling dia, mereka pun sudah bertunang juga. Ada yang dah nikah pun. LOL. Kawan aku yang baru bertunang ni boleh dikatakan rapat la juga. Tapi tak dela RAPAT sangat. Just roomate aku waktu di MMC dulu. Aku dapat tahu pun daripada gambar dia kat Facebook. Bertarikh 15 November??? Haha... Dan aku baru prasan pada tarikh 16 December. =.=" Gila lama. lol.

Kenapa ek...
Oh, mungkin sebab bertunang kan takleh heboh sangat...siapa yang tau, tau la.

XD
Tapi ada yang nikah senyap-senyap je? Tak gitau aku pun. (Tu la, siapa suruh kau tukar nama jadi Kipas Angin dalam fesbuk) haha.

Entahla..aritu aku ada buat entry sal terasa ngn kawan sekolah aku yang dia nak bertunang. Padahal dia memang rapat ngan aku dulu. Hm... Aku tak kisah kalau dia tak jemput datang, tapi at least gitau jela dia nak tunang. Bukannya suruh dia heboh, heboh kat aku sorang cukup. LOL

Pastu bila kawan-kawan aku yang baru-baru ni bertunang juga, aku terfikir,
buat apa aku nak terasa? Itu life diorang, patutnya aku hepi la untuk diorang, patutnya aku doakan la yang baik-baik untuk diorang. Ni tak, cam aku plak jelous diorang dah bertunang. haha.

Bila aku dah fikir mcm tu, tiba-tiba hati aku rasa lapang je. Aku rasa hepi sangat kat dalam jiwa aku ni. Mungkin juga hasil tahajjud dua malam. Haha. Yup, sekarang aku dah mula amalkan tahajjud. Aku ada terbaca yang ia boleh melapangkan dada dan memberi ketenangan pada mereka yang mengamalkannya.

Pasal love life aku?

Hm..aritu kan aku dah amek kursus kahwin. Aku saje saje je amek, sebab nak teman kawan aku. Aku ada tanya juga kat abah aku, patutkah aku amik awal-awal ni. Abah aku excited gila, dia lagi suka aku amek awal-awal. haha. Pastu entah macam mana, patutnya sijil aku dan kawan aku dapat minggu hadapannya, sebab kami daftar lambat. Tapi bila dah habis kursus tu, tengok-tengok sijil kami dapat, tapi kesian, kawan aku plak ada masalah ngan sijil dia, nama dia eja lain. Haha... Kesian dia, padahal dia dalam proses dah nak kawen. Tapi Allah memudahkan bagi aku.

Time tu aku tengok sijil aku, PERFECT. Nama aku, IC aku...
Cuma terdetik dalam hati aku, "siapalah calon imamku itu nanti kan?"

Kawan aku sorang lagi cakap kat aku sal peristiwa ni, entah-entah aku yang kena ikat dulu nanti. Haha.
Aku fikir satu je. Aku nak kawin dengan orang yang boleh buat aku hepi. Kalau sekarang pun dia hanya buat aku nangis, buat apa kan. Aku sayang dia macam mana pun, buat apa kalau aku nak kena hidup seumur hidup aku ngan dia. Hm... memang aku tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang hati aku tetap kat dia. Tapi kalau dia dah berubah, aku tak boleh buat apa kan?

Kalau ditaqdirkan aku tak jumpa jodoh aku kat dunia ni pun, aku nak hidup hepi juga macam orang lain! :')
In shaa Allah...

13.12.12

Why My Soul is Complete with him by my side

Amboi panjang benor tajuk i kali ini. Haha. Eh. Gedik plak ber 'i'. Haha.
Warning, this is a very geli-geli entry, so you can pangkah before you muntah sebakul oke. Ahackz! XD
I feel so complete when he's around! haha...
Orang kata tak kenal, maka tak cinta.
Memang! Dulu sebelum kenal dia, aku meluat sungguh ar. Kenal kat Kampungchat. Pastu dah ada YM aku, sikit-sikit nak buzz aku. Memang annoying gila. Dia minta Myspace aku. Pastu aku macam usya-usya gambar dia kat Myspace, aku cam pandang sebelah mata je. Adeh mamat ni...botak plak. Haha.. Yela dia cam dressup cam skinhead je. Time tu aku tak kenal pun apa tu Skinhead. Pastu malas la nak layan. Tapi dia buzz gak aku kadang-kadang. Sampai satu masa tu aku break ngan bf aku. Aku macam sedih gila time tu. So dia buzz aku cam biasa, dan aku pun chat jela ngan dia. Luah semua. Tak sangka plak dia sekampung dengan aku. Haha... Dia minta number fon. Tak tau camne leh bagi kat dia. Haha.
Pastu aku ingat lagi, Raya 2009, dia cakap nak mai raya umah aku. Aku ingat dia bergurau, so aku pun iye2 kan jela. Sekali, dia betul-betul mai. Hahaha..

Apa yang menyebabkan aku rasa lengkap hidup ngan dia bukanlah kerana persamaan yang kami ada, malah perbezaan yang menyelubungi kami. Kalau ikutkan, banyak sangat perbezaan antara kami. AKu pernah terfikir seketika dulu, bolehkah seseorang hidup dengan seseorang yang berlainan tabiatnya dengan kita? Boleh bahagia ke? Dan sekarang baru aku rasa, apabila kita bersama dengan orang yang berlainan characteristic dengan kita, kita akan lebih rasa sempurna diri kita. Mengapa?

Dia seorang yang sangat-sangat pemalu. Aku pula separa malu. Kadang-kadang aku ni clumsy, dia plak cool je. Jadi kalau tiba satu situasi yang sedikit memalukan, dia akan menegur aku. So aku akan lebih berhati-hati di kemudian hari.

Aku ni BI boleh la tahan gak. Dia plak...keok. haha. Tapi sejak dia kenal aku, BI dia makin improve. Dia rajin tanya, perkataan ni apa maksudnya... Aku pun kadang-kadang heran gak, mana dia dapat vocab-vocab bombastic ni kan. Dan selalunya dia akan peroleh semua tu daripada game online dan lyric lagu. LOL.

Dia seorang yang berani dan tegas. Aku plak jenis takut orang marah, tapi aku ni degil sedikit. Jadi dia banyak la bagi nasihat. Haha... dia lagi muda daripada aku, tapi pemikiran dia lebih matang daripada aku. Cakap macam orang tua. Haha. Memang dia lebih matang daripada aku, daripada segi kehidupan ni. Memang aku akur, kita tidak boleh ukur ilmu seseorang dengan sijil semata-mata. Buat apa ada PHD, kalau nak survive sendiri FAIL. Kena campak kat hutan, tapi terkial-kial. Itu yang aku kagum sangat ngan dia. Bab nak survive ni, dialah.

Cuma dia ni jenis malas bertanya kat orang tak kenal. Pernah nak tanya sal urusan-urusan pejabat, nak jumpa dengan siapa, dia dok ke hulu hilir cari apa pun tak tau. Last-last aku yang bertanya pada pegawai tu. haha...

Kalau pasal kawin toksah cakap la. Aku nak nikah cepat2!! Haha. Dia plak jenis fikir panjang dulu.

Dia cakap aku ni suka berangan-angan je lebih. Dalam diam sebenarnya dia fikirkan banyak perkara. Pasal rumah, pasal kenderaan, pasal kerja, pasal nak sara aku dan anak-anak nanti. Dia cakap banyak nak difikirkan. Dan mak dia sendiri pernah cakap ngan aku, yang dia ni kalau boleh nak semua tersedia dulu (dah ada rumah sendiri, dah ada kereta, dah ada kerja tetap) baru dia nak datang meminang aku.

Punyelah complicated dia fikir, semua untuk kebaikan kami, dan aku tak pernah terfikir semua tu. Huhu...

Kadang-kala aku ni senyap je. Selalu aku akan bising la bla bla bla ngan dia, tapi bila aku senyap, mesti dia tanya aku kenapa. Padahal ada kalanya aku memang akan prefer senyap daripada bercakap. Jadi dia memang perihatin sangat.

Dia ni seorang yang pengemas. Aku? lalala! haha.
Bangun awal? cuba teka siapa? haha.
tidur awal? cuba teka siapa? XD
Dia memang cam perempuan. Muka pun sensitif, licin! Ah! jeles aku.

So aku leh bayangkan lah...kalau kita kawin esok dalam rumah tu, mesti dia yang banyak membebel. Haha.
potpetpotpet.

Dia merajuk, takyah cakap ar. Haha.

Tapi aku pandai pujuk kan? Kalau tak, kita takkan baik ar sekarang. HAHA.

gaduh baik gaduh baik. Sampai aku dah lost count dah berapa kali kita gaduh-baik sudah. =.="

Entahla...orang kata, sedangkan yang bercinta pun bergaduh, apatah lagi yang dah berkawin.
Aku takut jugak, takut lepas kawin nanti aku lagi tak tahan.

Tapi dia pernah cakap dulu.
"Sy buat semua ni, sebab saya nk tengok, sejauh mana awk boleh tahan ngn sy. Nk kahwin dgn seseorang bukan sehari dua, tapi seumur hidup"

Hm...kejam. selama ni aku diuji sebegitu rupa. Huh!
Tapi kire, aku lulus la ni ek? Sebab sampai sekarang aku still ngn dia? entahla. haha

Tapi aku dapat rasa yang makin lama tak berhubung ngan dia, aku macam dah makin tak kisah kalau dia tak mesej aku. Henpon aku pun dah tak pegang sangat. tau2 dah ada miscall banyak ngn mesej tak terbalas. Haha. Sebab aku time keluar bilik je baru aku akan usya enset. enset memang silent la. Aku sekarang alergik kalau dengar ringtone. Rasa sakit hati. Haha. Tak tau nape.

Tapi, perlukah aku risau sebab aku dah tak kisah tentang dia tak mesej? Macam kelakar plak. Macam aku plak yang jual mahal. Haha. Camne kalau aku tak ada perasaan kat dia dah satu hari nnti? Adeh...
Dia mesej tadi. Aku plak tak ada kredit. Haha. Hm...rindunya kt dia. Nak jugak ye dia cari aku? Hahahaha bestnyaa!!! XD Tula, sehari tak mesej dia. Bukan sebab merajuk, sebab mls nak mesej. kalau mesej, bukannya dia bls sgt pun. XP

aaaaaaaaaaa.... k la. nk tidoq. nite.