Ini perkara yang benar-benar berlaku pada aku. Betul la kata orang, "Saat kau tinggalkan dia, orang lain akan ambil peluang untuk hampiri dan ambil hati dia". Dah dua kali perkara ni terjadi. Kuasa Allah mungkin? Kerana hanya Dia sahaja tahu apa yang berlaku di belakang kita.
Pernah sekali, dia cuba ngorat orang lain. Hari berikutnya, sewaktu aku keluar ngan adik aku, ada lelaki ni cuba minta nombor aku. Tapi sebagai seorang gadis yang setia, aku tak bagi dengan cara yang baik. Hanya selang beberapa hari, baru aku tau hakikat yang dia ngorat orang lain belakang aku. Sedih. Sebab aku rasa seperti dipermainkan perasaan aku. Tapi lama-kelamaan aku dapat terima hakikat bahawa lelaki sememangnya macam tu. Dia suka mengusik perempuan lain, tapi hati dia tetap pada aku.
Tapi baru-baru ni dia buat lagi dan seperti sebelumnya, dia cuba beralih arah, tak kontek aku, tapi boleh pula kontek orang lain. Aku fikir positif. Aku tak nak ganggu dia kerja. Sebab dia pernah tension dengan kerja sampai tak boleh SMS. Bermesej dengan orang tersayang, tak boleh hilangkan tension kerja? Sungguh aku rasa tak berguna apabila dia jadi begitu. Macam aku ni tak penting bagi dia.
Sehari selepas dia meninggalkan ruang dalam hidup aku, ada kawan lelaki mesej, kerana nak jumpa. Aku pasti kawan aku tu niat nak jumpa sebagai kawan sahaja. Tak ada libatkan soal cinta. Tapi mungkin ini petanda daripada Allah. Lepas ni kalau ada orang masuk line, aku tau dah, mesti sehari sebelum tu dia ada cuba kontek mana-mana gadis.
Serius aku sedih kali ni. :'( sebabnya....sebab yang sangat bodoh.
Sebab aku tak pandai masak.
Perempuan tu pandai masak.
Dan aku tau hanya satu cara sahaja yang boleh tambat hati lelaki. Dengan masakan.
Sedikit sebanyak, perempuan ni dah curi hati dia daripada aku :(
Dan kalau ditaqdirkan dia tinggalkan aku sebab perempuan tu, aku tewas.
Sebab memang patut pun dia tinggalkan aku untuk perempuan tu.
Aku memang tak layak pun jadi isteri orang lagi.
Jaga diri sendiri pun terkial-kial.
Mungkin sepanjang hidup aku patut keseorangan.
Kalau itulah jalan aku di dunia ini, aku tak kisah.
Asalkan aku tetap ada mama ngan abah ngan adik beradik aku.
:(
Biarlah cinta pergi sekalipun,
sebab kalau dia bukan milik aku,
sampai bila-bila pun dia takkan jadi milik aku.
Apapun, terima kasih sebab bahagiakan Amni kat dunia ni.
Allah je mampu membalasnya.
Ya Allah,
Engkau berikanlah rezeki yang mencurah padanya. Janganlah Engkau biarkan dia terus di dalam kegelisahan hidup. Lindungilah dia daripada segala bencana, dan berikanlah dia kebahagiaan yang Hakiki. Dekatkan dia kepadaMu Ya Allah. Jauhkanlah dia daripada kezaliman dunia dan berkatkanlah hidupnya.
Amin Ya Rabbal Alamin.
26.2.12
My Trip To KLCC
Aku bertolak dari Tanjung Malim dalam pukul 9.30am macam tu. First time naik bas ke KL. Macam jakun je. Tiba-tiba ada lady duduk sebelah aku. Aku takleh bernafas sepanjang perjalanan. Tak payah lah cerita kenapa.
Dalam pukul 11 macam tu, sampai la destinasi. Aku turun kat Pasar Seni. Senang skit kalau nak gi KLCC dari sana. Actually, masa tu aku tak tau pun LRT sana ada menuju KLCC. Aku assume ada. Alhamdulilah ada. Hahaha. Naseb bek.
Masa tu tunggu Mr.IR nak gi sesama nak LRT, memandangkan Mr.IR naik moto, nak parking kat KLCC susah. So aku mesej dan tunggu dia kat Pasar Seni.
Tapi dia tak balas-balas. Lama pula tu. :( Berapa banyak kali entah aku buat friend finder. Friend Finder kata dia kat tempat yang sama jugak sejak kul 12 MLM sebelumnya. Mula-mula aku ingatkan dia duduk tempat sama je sebab tiba-tiba moody tak nak jumpa aku. Pastu ARH! tension, risau pun ada. Takut jadi apa-apa kat dia. Aku call pun tak angkat. Pastu aku hantar mesej, aku cakap, "kalau tak balas mesej jugak, lagi setengah jam, i gi KLCC sorang-sorang." Gilak, dah setengah jam pun tak balas lagi mesej. Masa tu kecewa gila. Boleh nampak kot kekecewaan dalam muka aku dalam video Youtube yang aku upload. Haha. Aku memang tak reti nak sembunyikan perasaan aku kan? :P
Tapi walaupun masa tu aku dalam mode merajuk dan sedih, tapi tetap ada kerisauan dalam hati. Dah terbayang, manalah tau kot-kot kat kawasan yang friend finder gitau kat aku tu, adalah kawasan tempat Mr.IR excident ke. Aku bayangkan petang hari sebelumnya dia gi cari "mana pasar seni, tak pernah pergi" semata-mata sebab nak bawa aku esok harinya, dan tetibe mlm tu eksiden. Pastu enset tercampak kat jalan yang friend finder gitau aku, tapi dia mungkin ada kat situ terkulai lagi kat tepi jalan. Tapi pikir semula, dah pagi...mesti ada orang dah tolong bawakan dia ke Hospital kan? Masa tu dalam hati aku, ada terdetik jugak, lepas gi KLCC, nak naik teksi, cari dia kat "jalan yang disebut oleh friend finder tu".
Masa first time kat entrance LRT , aku tengok semua orang berebut kat mesin. Aku pun beratur ar kat situ, nak amik tiket gk. Bila tiba turn aku, mesin tanya "token atau tiket?" aku tekan 'tiket' pastu dia suruh tunjukkan tiket ke aper... aku gelabah terus kuar baris. Aku agak orang kat situ mesti pelik tengok aku. Aku pergi kt kaunter, sebab dulu beli tiket kat kaunter pun boleh. Sangkaan aku meleset bila kakak tu suruh aku pergi mesin gak. Aku cakaplah, "tak reti" terus dia pangkah aku, "pergi kat mesin tuuuu...tengok orang lain buat macam mana" dengan nada sombong dan muka fed-up sekali. Gila. kecil hati aku. Terasa diri masa tu kampung gile. haha.
Aku pun pergi la kat mesin tu semula. Beratur. Depan aku auntie cina, nampak macam teraba-raba jugak macam aku, tapi aku tengok auntie tu slow-slow boleh paham sendiri. Aku tengok belakang aku, ada sorang abang ni. Aku pun dalam malu tapi terpaksa, tanya abang tu, "er...boleh tolong ajarkan tak?" Dia pun angguk je. Masa turn aku, dia guide aku camner nak beli 'token'. TOKEN?! Berapa zaman dah aku tinggal KL? Diorang tak guna tiket dah?? Aku macam orang jakun je depan mesin tu.
Lepas berterima kasih kat abang tu, aku pun pergi kat pagar. Macam pelik je. Tak nampak pun apa-apa arahan untuk scan token mcm scan tiket dulu. Aku tanya pakcik guard situ plak. "Er...Pakcik, Camner ye nak guna token ni?" Pakcik tu tengok aku ngan muka garang, macam polis usya budak yang suka mencuri. "Tu!" dengan nada sombong dan tunjuk pada pagar tempat masuk tu. Sekali lagi aku kecil hati. terasa kampung gile :( Salah aku jugak sebab tanya soalan bodoh. Hahaha. Rupanya kena letak je token tu kat visual bulat warna biru. haha. MMg kampung tul aku.
Lepas tu aku truskan journey ke Kinokuniya KLCC. Masa tengah usya-usya buku nak beli, tiba-tiba ada orang mesej aku. Mr.IR! Dia baru bangun tidur :') Aku tak jadi nak marah or merajuk lama-lama. sebab bagi aku, yang paling penting, dia selamat. Masa dia mesej tu, dia baru bangun. Mak aiiihhh.. Jadi aku pun solat la zohor dulu sementara tunggu dia bersiap dan mai KLCC.
Aku dah beli buku dah masa dia sampai KLCC. Pastu kita pergi makan!!!! Hahaha. Dia belanja nasi lemak ngan milo ais. Banyak kali dia bangun nak tolong belikan. Oh so sweettt :')
Pas makan-makan tiba masa untuk balik.Kami naik LRT sekali tapi drop off lain-lain. Dia turun kat Pasar Seni semula (tempat dia parking moto) dan aku pula turun kat Masjid Jamek.
Masa turun kat Masjid Jamek tu, pening gak aku nak cari ke seberang dan sebagainya. konfius, banyak signboard kelana jaya la, petaling ke apa ntah, tak igt. Tapi dapat gk sampai ke seberang, dan beli token baru untuk ke Plaza Rakyat. Yang kelakarnya, aku silap naik platform. WTF. Hahaha....patutla ramai sebelah platform lagi satu. Hahahhaha..... Aku pakai naik je. Bila dah naik baru prasan. Seb bek nak turn tak lama.
Smpai Plaza Rakyat, tak ada la susah sangat nak cari Puduraya. Jalan straighhhtttt je. Cuma masa beli tiket balik Tanjung Malim, banyak bas dah penuh. Budak UPSI suka lepak KL. (-.-)' Masa aku sampai tu kul 5.30 cmtu, kul 8.30 baru ada tiket. Haha....terpaksa tunggu lama kat Pudu. :P Alahhh...dulu pun aku lagi lama kot tunggu kat pudu masa datang KL untuk interview dulu. Balik Taiping lagi jauh kot. Bas sampai Taiping kul 12 masa tu. Terpaksa berhimpit ngan kereta lecturer balik kolej. Hahaha.... Mana ada teksi masa tu.
Apapun, trip ni sangat bermakna bagi aku. First experience aku ke KL sendiri. Terasa diri independant! Terima kasih pada Mr.IR sebab teman dan belanja makan, belanja token. :) Actually, terima kasih sebab datang jugak walaupun terbangun lambat. You kept your promise very well indeed.

Makan Satay sementara tunggu Mr.IR

Ambil gambar sementara menuggu dia beli makan. :P
Pas makan-makan tiba masa untuk balik.Kami naik LRT sekali tapi drop off lain-lain. Dia turun kat Pasar Seni semula (tempat dia parking moto) dan aku pula turun kat Masjid Jamek.
Sempat tangkap gambar ngan Mr.IR sebelum kami Terpisah oleh perhentian. Huhu T.T
Masa turun kat Masjid Jamek tu, pening gak aku nak cari ke seberang dan sebagainya. konfius, banyak signboard kelana jaya la, petaling ke apa ntah, tak igt. Tapi dapat gk sampai ke seberang, dan beli token baru untuk ke Plaza Rakyat. Yang kelakarnya, aku silap naik platform. WTF. Hahaha....patutla ramai sebelah platform lagi satu. Hahahhaha..... Aku pakai naik je. Bila dah naik baru prasan. Seb bek nak turn tak lama.
Smpai Plaza Rakyat, tak ada la susah sangat nak cari Puduraya. Jalan straighhhtttt je. Cuma masa beli tiket balik Tanjung Malim, banyak bas dah penuh. Budak UPSI suka lepak KL. (-.-)' Masa aku sampai tu kul 5.30 cmtu, kul 8.30 baru ada tiket. Haha....terpaksa tunggu lama kat Pudu. :P Alahhh...dulu pun aku lagi lama kot tunggu kat pudu masa datang KL untuk interview dulu. Balik Taiping lagi jauh kot. Bas sampai Taiping kul 12 masa tu. Terpaksa berhimpit ngan kereta lecturer balik kolej. Hahaha.... Mana ada teksi masa tu.
Apapun, trip ni sangat bermakna bagi aku. First experience aku ke KL sendiri. Terasa diri independant! Terima kasih pada Mr.IR sebab teman dan belanja makan, belanja token. :) Actually, terima kasih sebab datang jugak walaupun terbangun lambat. You kept your promise very well indeed.
22.2.12
Kejadian Yang Takkan Aku Lupakan
Sejak hari Jumaat lepas (17.02.12) aku memang dah rasa lain ngan perut aku ni. Gastrik la! Bukan pregnant k. Anyway, aku ada skip lunch dan makan malam terus hari tu. Tapi masa tu rasa loya jela kalau makan. Masuk hari Ahad (19.02.12), aku dah tak tahan dah. Jadi aku carilah ubat apa yang patut kat Farmasi. Sebab aku dah buntu sangat. Tak tau macam mana nak buang angin dalam badan aku ni. Nak kentut tak boleh!
Malam tu aku makan ngan Asiah. Asiah bawa lauk dari rumah. Kita makan dengan nasi putih. Aku makan ubat, dan mula rasa pening gila-gila. Asiah tumpang wi-fi jap kat bilik aku. Entah bila entah dia hilang, dan rumate aku pun dah tidur. Tapi aku terjaga. Aku tak leh tidur. Hati aku resah. Perut aku buat hal. Tulang belakang aku sakit, dan kepala aku pening sangat-sangat. Dalam hati aku, "Tolonglah Ya Allah, jangan bagi aku strok. Aku masih muda lagi, aku belum berjasa pada ibubapa aku lagi, tlonglah sihatkan aku kembali". Tapi malangnya aku masih bergelut dengan sakit tu.
Bermula pada jam 12 sehingga ke pagi esoknya. Tiap-tiap jam aku terjaga dan muntah. Bila dikira-kira lebih 13+ kali aku muntah. Badan aku lemah sangat. Aku sms mak aku. Masa tu aku fikir, mungkin nilah kali terakhir aku dapat kontek mak aku.
"kakak muntah dari tadi. tak larat. bawa kakak balik ma :( "
Tak sangka mama aku balas yang dia otw dengan abah aku. Masa tu aku tak leh fikirkan benda lain langsung. Kelas aku yang pertama pada keesokan harinya, tak aku pedulikan langsung. Bukan tak peduli, tapi memang aku tak boleh berfikir. Otak aku kosong menahan sakit masa tu. Dalam kul 5 pagi mak aku sampai Tanjung Malim. Dia bawa aku balik. Dalam kereta pun aku sempat muntah berapa kali dalam plastik. Sampai Hospital Manjung abah aku bawa ke bahagian kecemasan.
Dokter tak suspek denggi seperti apa yang semua orang syaki. Tapi seperti yang aku jangka, semuanya berpunca daripada gastrik. Perkataan yang dah lama tak menghantui aku. Gastrik yang pernah aku alami masa form 5. Tapi kali ni memang teruk. Tak pernah jadi macam ni. Agaknya bercampur dengan penyakit Endometriosis aku lagi. Mungkin sebab tu dia agak melarat.
Tapi syukur alhamdulilah, lepas 3 hari duduk rumah, aku kembali stabil, walaupun agak goyang dan masih loya. Tapi aku dah boleh makan sikit-sikit. Kalau tak, dokter dah nak masuk air drip dah. Sangat fobia dengan jarum besar. Minta dijauhkan!
Jadilah ini pengajaran buat aku dan kawan-kawan semua. Tolonglah makan bila tiba waktunya. Jangan tunggu kali kedua perut kita berbunyi. Kalau dah sekali dia bunyi, terus suap dengan apa-apa makanan sikit. Lau tak, memang perit.
Belakang aku sakit lagi. Pakai koyuk pun tak nak hilang sakit, urut pun tak nak hilang. Menurut pak guard, ada berlaku histeria beberapa hari lepas masa aku duduk tanjung malim. Jangan ada yang bertenggek kat belakang aku sudah! HAHAHAhaha... (kalau ada yang nampak, tolong gitau aku k.)

Subscribe to:
Posts (Atom)